Halaman

Ahad, 25 Mac 2012

ups and downs.

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله .ثم الحمد لله. ثم الحمد لله. الحمد لله الذي وهبنا فرصة اللقاء في هذا اليوم. والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى 
ءاله وصحبه أجمعين.ثم ام بعد

merujuk kepada tajuk entry pada kali ini, ups and downs.
apa yang naik. apa yang turun?
straight to the point la.


Iman itu bertambah dan berkurang.

betul tak?
Ya memang.
Saya pasti semua orang boleh mengeluarkan bukti berdasarkan kehidupan masing-masing.

Hari ni rasa nak buat baik sket, maka buatlah amalan-amalan sunat.
tapi bila sampai time malas tahap gaban, apa pon tak jalan.
sampai yang wajib pom bleh liat nak buat kot

tu tak kira fasa dihujani kesenangan.
bak kata dunia ni kita yang punya lah.
tapi apabila sampai fasa di timpa ujian(kesulitan) pula, barulah teraba-raba nak cari Tuhan.
barulah sibuk nak baca al-Quran,barulah lekat nak solat hajat.

tapi tu la hakikat kita sebagai seorang insan.
perkataan 'insan' pom di'derived' dari perkataan 'nisyan' a.k.a. lupa.
memang kita ni selalu lupa.
jadi ujian itu sebagai peringatan.
(maka bersyukurlah andai ditimpa ujian.)
dan kalau kita sedar sebenarnya, seluruh kehidupan kita adalah satu ujian.

ok berbalik kepada tajuk, (ni sebenarnya main point)
ketika menghadiri kuliah fiqh perubatan, ada seorang ustaz bertanya kepada audience,
''orang selalu kata, tujuan kita belajar ni untuk mendekatkan diri kepada Allah kan? ana nak tanya, sapa kat sini setiap kali lepas kuliah, dia rasa iman dia bertambah? lepas je dengar lecture physio ke, anat ke, rasa diri lebih dekat dengan Allah?''
ha! jawab jangan tak jawab~

adoi! ustaz,apa soalan killer sangat ni?
dan semua yang ada terdiam. terkesima, terkaku seketika.
(termasuk la aku) mendengar soalan luar syllabus tu.
masing-masing jawab soalan tu dlam hati jeh.
haha gaya macam ustaz tu bleh guna telepati jeh, boleh baca apa yang ada dalam hati.

so, apa yang saya jawab?(ni dalam hati la kan)
memang tak pernah la
mm, kadang-kadang.

tengok!
agak-agak ayat klise tu,
'tujuan kita belajar ni untuk mendekatkan diri kepada Allah'
valid tak? mesra pengguna tak?
sigh~

mestilah!
(tu jawapan yang sepatutnya la)
tak tahu kan di mana silapnya?
nak salahkan sistem pendidikan kita(malaysia)? ambo kat mesir pom sama dengan jugak rasanya.
ni la bukti semua negara (islam) dah diseludup masuk dengan dakyah2 yang memisahkan ilmu dunia dengan ilmu akhirat.

kalo kita kaji ilmuan-ilmuan islam, mereka hebat wooooo!
arrazi. alkhawarizmi, ibnu sina,ibnu rusyd dll.
mereka expert giler dalam bidang mereka. dan mereka juga faqih dalam bidang agama.
inilah yang dikatakan tujuan belajar,untuk mendekatkan diri kepada Allah. agar senantiasa iman kita bertambah.

bukanlah nak suruh gi menadah kitab kat pondok belam-belam sambil ambil medic,engineering dll pada masa yang sama.
(kalau boleh uat cenggitu, ana ta'jub jiddan.)
tapi cukup la kita sedar yang segala ilmu yang kita pelajari, semuanya dari Allah.
dan again nak tekankan,

niatlah kerana Allah.




قل لو كان البحر مدادا لكلمات ربي لنفد البحر قبل أن تنفد كلمات ربي ولو جئنا بمثله مددا
(alkahfi :109)


قال تعالى : ( ولو أنما في الأرض من شجرة أقلام والبحر يمده من بعده سبعة أبحر ما نفدت كلمات الله إن الله عزيز حكيم 
لقمان : 27 ]


p/s: ini peringatan kepada diri sendiri(terutamanya)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan