Halaman

Ahad, 25 Mac 2012

ups and downs.

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله .ثم الحمد لله. ثم الحمد لله. الحمد لله الذي وهبنا فرصة اللقاء في هذا اليوم. والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى 
ءاله وصحبه أجمعين.ثم ام بعد

merujuk kepada tajuk entry pada kali ini, ups and downs.
apa yang naik. apa yang turun?
straight to the point la.


Iman itu bertambah dan berkurang.

betul tak?
Ya memang.
Saya pasti semua orang boleh mengeluarkan bukti berdasarkan kehidupan masing-masing.

Hari ni rasa nak buat baik sket, maka buatlah amalan-amalan sunat.
tapi bila sampai time malas tahap gaban, apa pon tak jalan.
sampai yang wajib pom bleh liat nak buat kot

tu tak kira fasa dihujani kesenangan.
bak kata dunia ni kita yang punya lah.
tapi apabila sampai fasa di timpa ujian(kesulitan) pula, barulah teraba-raba nak cari Tuhan.
barulah sibuk nak baca al-Quran,barulah lekat nak solat hajat.

tapi tu la hakikat kita sebagai seorang insan.
perkataan 'insan' pom di'derived' dari perkataan 'nisyan' a.k.a. lupa.
memang kita ni selalu lupa.
jadi ujian itu sebagai peringatan.
(maka bersyukurlah andai ditimpa ujian.)
dan kalau kita sedar sebenarnya, seluruh kehidupan kita adalah satu ujian.

ok berbalik kepada tajuk, (ni sebenarnya main point)
ketika menghadiri kuliah fiqh perubatan, ada seorang ustaz bertanya kepada audience,
''orang selalu kata, tujuan kita belajar ni untuk mendekatkan diri kepada Allah kan? ana nak tanya, sapa kat sini setiap kali lepas kuliah, dia rasa iman dia bertambah? lepas je dengar lecture physio ke, anat ke, rasa diri lebih dekat dengan Allah?''
ha! jawab jangan tak jawab~

adoi! ustaz,apa soalan killer sangat ni?
dan semua yang ada terdiam. terkesima, terkaku seketika.
(termasuk la aku) mendengar soalan luar syllabus tu.
masing-masing jawab soalan tu dlam hati jeh.
haha gaya macam ustaz tu bleh guna telepati jeh, boleh baca apa yang ada dalam hati.

so, apa yang saya jawab?(ni dalam hati la kan)
memang tak pernah la
mm, kadang-kadang.

tengok!
agak-agak ayat klise tu,
'tujuan kita belajar ni untuk mendekatkan diri kepada Allah'
valid tak? mesra pengguna tak?
sigh~

mestilah!
(tu jawapan yang sepatutnya la)
tak tahu kan di mana silapnya?
nak salahkan sistem pendidikan kita(malaysia)? ambo kat mesir pom sama dengan jugak rasanya.
ni la bukti semua negara (islam) dah diseludup masuk dengan dakyah2 yang memisahkan ilmu dunia dengan ilmu akhirat.

kalo kita kaji ilmuan-ilmuan islam, mereka hebat wooooo!
arrazi. alkhawarizmi, ibnu sina,ibnu rusyd dll.
mereka expert giler dalam bidang mereka. dan mereka juga faqih dalam bidang agama.
inilah yang dikatakan tujuan belajar,untuk mendekatkan diri kepada Allah. agar senantiasa iman kita bertambah.

bukanlah nak suruh gi menadah kitab kat pondok belam-belam sambil ambil medic,engineering dll pada masa yang sama.
(kalau boleh uat cenggitu, ana ta'jub jiddan.)
tapi cukup la kita sedar yang segala ilmu yang kita pelajari, semuanya dari Allah.
dan again nak tekankan,

niatlah kerana Allah.




قل لو كان البحر مدادا لكلمات ربي لنفد البحر قبل أن تنفد كلمات ربي ولو جئنا بمثله مددا
(alkahfi :109)


قال تعالى : ( ولو أنما في الأرض من شجرة أقلام والبحر يمده من بعده سبعة أبحر ما نفدت كلمات الله إن الله عزيز حكيم 
لقمان : 27 ]


p/s: ini peringatan kepada diri sendiri(terutamanya)

Rabu, 7 Mac 2012

wake up!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Another post today.huhu. Mungkin rasa dah getting better. Alhamdulillah.

Rasa terpanggil untuk memanggil. Memanggil sahabat-sahabat untuk sama-sama bermuhasabah diri. Betapa kita sebenarnya lemas ditenggelamkan dunia kita sendiri. Dunia yang dipenuhi dengan hiburan. Dipenuhi dengan cinta dunia. 

Sabtu yang lepas, sy menghadiri program yang bertemakan "Save Syria". Dan bersyukur sangat-sangat kerana digerakkan hati oleh Allah untuk menghadiri program tersebut. Di situ, wakil rakyat Syria sendiri yang datang. Sungguh menyayat hati. 

Buleh bayang dok mcmne khidupan mereka di sana? Hari-hari duk dalam ketakutan. Rumah takde,eletrik takde, dan yang paling sedih, masjid pom di bom. Kita boleh terima kalo orang kafir yang buat semua ni. Tapi ni dilakukan orang yang mengaku islam. 

Pemimpin syria, bashar assad, adalah golongan syiah nusairi. Kalo nak citer pasal syiah ni,panjang pulak. Plus ambo pom tak maashi sgt.Tapi, yang pastinya byk amalan dan kepercayaan yang boleh kategorikan sebagai mensyirikkan Allah. contohnya, menyembah matahari,awan juga mnafikan kerasulan Nabi Muhammad SAW dan terlalu mengagungkan saidina Ali. Terdapat juga surah-surah palsu yang mereka ada-adakan. 

Sebelum bashar assad, Syria diperintah oleh ayahnya, iaitu hafez assad. Semenjak itu lagi rakyat Syria menderita. 

"hafez telah membunuh datukku. bashar telah membunuh ayahku. dan aku kini yatim."

Itu adalah kata-kata yang dikeluarkan oleh seorang kanak-kanak syria. Dan di manakah kita di saat itu? Kita masih tenggelam dengan urusan kita. mungkin kita bertanya, apa yang kita boleh buat?

Here is the answer :

dipetik dari luahan seorang rakyat SYRIA :kami disini(di syria) tdk perlukan sbrang pertolongan dr segi kewangan,ketenteraan, & perubatan..Hanya satu yg kami pinta ' PERTEGUHKAN ISLAM DI TEMPAT KAMU. TIDAK PERLU KALIAN DTG MEMBANTU KAMI BERPERANG DI SINI JIKA ISLAM DI TEMPAT KAMU MASIH TERUMBANG-AMBING.

Sahabat, ayuh kita bangun. Tinggalkan zon selesa kita. Sebaliknya marilah kita menjadi insan yang bermanfaat. Masing-masing ada bidang masing-masing. Bersungguh-sungguhlah kita untuk menuntut ilmu. Tinggalkan yang melalaikan. Just a simple step. Niat belajar kerana Allah. Buat semua perkara kerana Allah. Ikut la nak wat gapo pom. nak wat assignment ko,nak bkak fb ko, nak bertwitter ko niat la kerana Allah. even nak dgr lagu or tengok korea dll :). 

Ingat, islam tidak memerlukan kita untuk ditegakkan. Sebaliknya, kita yang memerlukan Islam. Allah telah berjanji bahawa suatu hari, Islam akan tertegak kembali. tidak mahukah kita berada dalam perjuangan itu? 

Teringat satu cerita walaupun ia dikatakan sebagai israiliyyat, tapi ia dapat mmberi kita motivasi.
 Sewaktu Nabi Allah Ibrahim a.s dibakar oleh Namrud dengan api yang menjulang seperti gunung, seekor burung membawa beberapa titis air di dalam paruhnya untuk cuba membantu memadamkan api yang membakar. Burung-burung yang lain mengatakan apalah gunanya engkau membawa beberapa titis air untuk memadamkan api yang menggunung itu. Belum pun sempat air itu jatuh ke bawah, sudah tentu hilang sekelip mata akibat kepanasan api. Burung yang cuba membantu menjawab, "sekurang-kurangnya, aku tidak berpeluk tubuh tanpa cuba berbuat sesuatu. Setidak-tidaknya aku telah berusaha setakat termampu untuk menyelamatkan agama Allah di atas muka bumi ini."

Kita tidak diminta untuk pergi berjihad mengangkat senjata. Tapi,jihad kita adalah di medan kita  masing-masing. Marilah kita buat yang terbaik untuk menjadi duta Islam di medan masing-masing. 

Takbir! 

Selasa, 6 Mac 2012

a long pause~

بسم الله الرحمن الرحيم

 .أحيكم جميعا بتحية الاسلام والايمان تحية مباركة وخالدة فسلام الله عليكم ورحمة الله وبركاته

Pertama dan selama-lamanya marilah kita mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT. kerana dengan izinNya, kita masih lagi diberi peluang untuk merasai dan menikmati dua nikmat terbesar iaitu iman dan islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang sangat kita rindui.
.................................................

memang. its a long pause. dah lama dah tak menulis. mungkin sebab dalam usaha untuk mengislah diri. dan sekarang, masih tak ahsan. masih tak quwayyis. hehe. tapi bila la agaknya kalau nak tunggu betul-betul terislah ni? *sigh*

terlalu banyak lagi yang perlu dipelajari. terlalu banyak yang perlu diperbaiki dan terlalu banyak perkara yang sepatutnya diabaikan dan dilupakan.

Within the pause,i'd tried my best. and i'll always be. so, lets just consider it as compensatory pause.