Halaman

Jumaat, 30 Disember 2011

sahabat~

pesona dunia~ by: inteam

Indah dunia yang mempesona
Bagai dian terang menyala
Sehingga terlupa kan padam akhirnya

Dunia ini hanya pinjaman
Untuk menguji keimanan
Akhirat nanti yang menentukan
Balasan syurga ataupun neraka

Mengapakah dunia yang dikejari
Sedangkan ia kan ditinggal pergi
Apalah gunanya harta di sisi
Tika jasad terkubur terkaku mati

Bayangkanlah jika di dunia ini
Bekalan terhenti mudah dicari
Bagaimana pula di sana nanti
Tanpa bekal pahala kita yang rugi

Bersyukurlah sentiasa
Dengan apa yang ada

Adakala harta dunia
Belum tentu membantu kita
Menjadi bebanan dan menyusahkan.

Selasa, 6 Disember 2011

puisi hamba~

رضى الله في رضى الوالدين

Ingatlah dunia ini tidak penting apa yang kamu mahu,
hanya perlu menjadi hamba.
Hamba yang rendah hatinya,
yang berserah hanya pada Pencipta.
*****
Hanya hati yang kotor ini yang mampu diinfakkan.
Ia bukan milik siapa-siapa.
Tapi milik Pencipta Yang Esa.
Yang pernah dulu dikotori oleh peminjamnya,
yang kini ingin menebus dosanya,
yang sedang membina kekuatan jati dirinya,
dan bila-bila masa boleh mengulangi dosanya,
tapi tidak dengan izin Penciptanya.