Halaman

Jumaat, 30 Disember 2011

sahabat~

pesona dunia~ by: inteam

Indah dunia yang mempesona
Bagai dian terang menyala
Sehingga terlupa kan padam akhirnya

Dunia ini hanya pinjaman
Untuk menguji keimanan
Akhirat nanti yang menentukan
Balasan syurga ataupun neraka

Mengapakah dunia yang dikejari
Sedangkan ia kan ditinggal pergi
Apalah gunanya harta di sisi
Tika jasad terkubur terkaku mati

Bayangkanlah jika di dunia ini
Bekalan terhenti mudah dicari
Bagaimana pula di sana nanti
Tanpa bekal pahala kita yang rugi

Bersyukurlah sentiasa
Dengan apa yang ada

Adakala harta dunia
Belum tentu membantu kita
Menjadi bebanan dan menyusahkan.

Selasa, 6 Disember 2011

puisi hamba~

رضى الله في رضى الوالدين

Ingatlah dunia ini tidak penting apa yang kamu mahu,
hanya perlu menjadi hamba.
Hamba yang rendah hatinya,
yang berserah hanya pada Pencipta.
*****
Hanya hati yang kotor ini yang mampu diinfakkan.
Ia bukan milik siapa-siapa.
Tapi milik Pencipta Yang Esa.
Yang pernah dulu dikotori oleh peminjamnya,
yang kini ingin menebus dosanya,
yang sedang membina kekuatan jati dirinya,
dan bila-bila masa boleh mengulangi dosanya,
tapi tidak dengan izin Penciptanya.


Selasa, 22 November 2011

silence~ am i a silencer?

copy&paste,
_
Entahkan mengapa, biar ringkas bicara nya, seribu kesan di hati.. 

"Assalamualaikum," sana.
"Wa'alaikumussalam. Ada apa?" sini.
"Terasa macam nak cakap dengan seseorang," sana.
"Fasal apa?" sini.
"Sibuk ke? sana.
"Agak," sini.
"Ok," sana.
"Allah ada," sini.
"Tahu," sana.
"Allahlah tempat mengadu," sini.
"Ya baik," sana.
"Bangun. Malam ni. Jom sama," sini.
Senyap. Ada tangis di situ.
"Kan bagus kalau ade di sini," sana.
"Tak bagus pun," sini.
"Kenapa?" sana.
"Orang kata ukhuwah tu lebih manis bila jauh," sini.
"Bila dekat asyik nak gaduh," sana. Tergelak dalam sebak.
"Rindu sebenarnya," sini.
"Kenapa tak cakap?" sana.
"Saje. Nak didik sabar. Ada ujian yang jauh lebih besar tak lama lagi," sini.
Sana senyap.
Sini senyap.
Dan titis itu tumpah juga. Berjuraian.




Ahad, 20 November 2011

Jumaat, 18 November 2011

sebaik-baik peringatan~



tiada peringatan yang lebih baik daripada.........


ingat MATI...

أستغفر الله العظيم
أستغفر الله العظيم
أستغفر الله العظيم

Selasa, 8 November 2011

it is called a long-distanced communication~

when it is a long-distanced communication~

too much leaking channels..
bila ada sesuatu nak dicerita,,
terfikir,mesti dia tengah sibuk.
takut ganggu pulak ek?
jadi ia pun dipendam dan dikumpul,,
agar satu hari,there'll be the time..
_big time perhaps.
but when..?
tatau nak cakap bila.

ok pernah gak satu masa tu, 
sampai terfikir, its time!
cant hold it anymore.
then i make a call..
a call of thousands hope,
_that it'll be answered.

guess what?
there was no answer.
_except the operator's voice.
ok,i admit it!
its a long-distanced communication.
fullstop!
(n the story(ies) leak through their channels)
(again)


it persists that channel. huhu. apakah?

Isnin, 31 Oktober 2011

cetuskanlah~

Aura positif, cetuskanlah..!
Walaupun momentumnya terlalu dikit,
hampir ditenggelamkan dek yang negatif.
Namun, berbekalkan hati yang jernih,
yang sedikit itu pasti lebih mudah diserakkan.
Meski ruang yang terbuka terlalu sempit,
 hampir menyesakkan fikiran yang dangkal,
tapi dengan lidah yang basah dengan zikrullah,
aura-aura yang positif bisa diserap dengan efisien.


Tak perlu dipersoalkan, kenapa?


Kerana ia pasti ada hikmahnya.
Jangan terlalu memandang yang buruk,
hingga yang molek juga terbias dek bayangannya.
Tapi
yakinlah dengan ketentuanNya,
kerana itu aqidah hidup kita~

Ahad, 23 Oktober 2011

are you afraid of shadows?

'Kadang2 aku ada terfikir yang aku ni takut ngan bayang2 sendiri,'
seorang insan berkata kpd temannya.


'..byg2??haha

yg pnting, byg2 tkleh wt pape kt kte..

hdup utk hari esk! 
pndg k dpn....................................'
that was what she replied.

Erk? Let me think first.
Mm........................................,
betul jugak tu. 
Buat pe nak takutkan bayang2 yang enggak bisa mencelakain kita?
kan3?

One more thing,
there is a qoute_don't afraid of the shadow because there'll be a light near it.
Itu kata 'long-leg ahjussi' la.
(aku pom tak ingat jugak matan dye. tapi macam tu la lebih kurang.huhu.)
Macam mana bayang2 terbentuk?
Bayang-bayang terbentuk apabila ada objek legap yang melindungi sumber cahaya.

So,konklusi kita_when there's a shadow, theres a light.
Jadi bila kita dah nampak bayang-bayang,maka yakinlah bahawa kita sudah tak jauh dari cahaya.
Just need a few steps and a little sweat to reach it.  

*********************************

Kadang-kadang, kita selalu dihantui masa silam kita yang gelap-when we were in the darkness,far away from the light(nur). Kita akan terfikir, kuatkah aku untuk hari-hari yang mendatang?Apa orang akan fikir tentang aku? Macam mana penerimaan orang terhadap aku?Macam mana aku nak menghadapi reaksi orang yang bermacam2?

Ok3. Stop right there!.
Sometimes, we thinked too much.
No!We thinked about other people too much.
Awat hang duk pikiaq pasal orang sangat ni?
Fikirkan pasal diri kita sendiri dahulu,family kita.
Apa yang kita perlu lakukan untuk kembali ke jalan yang benar.
Macam mana kita nak berbakti kepada keluarga?
Dan yang penting, apa pandangan Allah terhadap kita. Adakah taubat kita diterima? Adakah dosa-dosa kita diampunkan? Macam mana keadaan kita saat kita dijemput oleh malaikat izrail kelak? Adakah husnul khatimah au su'ul  khatimah? Itu yang kita patut bimbangkan sebenarnya. 




Bila kita dah lalui hidup dalam kegelapan. Dan kemudiannya terjumpa bayang-bayang dan seterusnya menemui cahaya itu, kita patut bersyukur.
Bersyukur kerana kita diberi peluang oleh Allah,untuk kembali ke jalanNYA.



It is good for the sinners as they got their reasons to repent.
(ni bukan nak ajak buat dosa ni, tapi nak bagi motivasi kpd orang2 macam saya)


Once kita dah berada dalam cahayaNYA, jangan sekali-kali kita berpaling ke belakang walaupun keseronokan masa lampau masih menerjah dalam fikiran.Tapi yakinlah! Kenikmatan di dunia hanya sementara.Kenikmatan di akhirat,itu yang hakiki.

Wallahua'lam.
:)

Selasa, 11 Oktober 2011

ego ke saya?


macam mana kita nak hilangkan ego kita....?

ada sorang budak bertanya.. 
"kenapa sy pantang ada orang suruh sy buat ssuatu..
confirm saya akan melenting dan takkan buat benda tu..
padahal mmg sblm tu,,saya dah mmg berhajat pun nak buat apa yang disuruh itu sebelum disuruh..''
huhu..agak berbelit ayat itu dik..

"ok2. contohlah saya tengah makan nasi kat dapur. selepas makan, saya nampak banyak sangat pinggan yang belum dicuci di dalam sinki. dalam hati saya mmg dah ada niat dah nak cuci semua pinggan tu.Tapi tiba-tiba datang seseorang insan menyapa....

"awak basuh pinggan tu sekali ye.."

huh 'putus angin' ak! 
bkn ke ak tengah buat ke ni..?
i'm doing it la..! lau kau tak suruh pom ak buat la! (opps ni dialog dalam hati je la.) 
then lepas tu, akan timbul la perasaan nak melenting dan tak puas hati.
akan mulalah buat kerja dgn 'mecok' dan tak ikhlas..
huhu sangat rugi.......

jom kita study kes ini...
++ satu, subjek nampak keadaan sinki yang penuh dgn unwashed dishes.Menunjukkan bahawa subjek merupakan seorang yang  mmpunyai sikap peka akan keadaan sekeliling.
++ dua,.berniat untuk  tolong basuh pinggan. Membuktikan subjek mempunyai sikap baik hati. Dan mmg pun fitrah manusia ini,suka akan kebaikan.
 ++tiga, samapailah scene yang ada orang menegur. Eh,silap. Menyuruh. mm...agak sukar untuk mentafsir keadaan ini kerana tak berada di tempat kejadian, tak nampak ekpresi muka yang bercakap, tak dengar intonasi suaranya, tapi yang boleh disimpulkan di sini, si subjek tidak puas hati bila diarah.

kenapa boleh jadi begini..?





senang jeh..
its all about our ego..

tak suka di suruh? it should be vanished!
hakikat kita hidup pun sekadar hamba..
hamba kepada Yang Esa.. Yang Maha Berkuasa.
jadi rendahkanlah ego kita itu..
mungkin itu adalah peringatan untuk kita..
atau mungkin satu ujian untuk  kita..
mungkin kita nak buat sesuatu tu dengan niat,'kita yang nak buat'. atau dengan kata lainnya,,ikhlas. tapi bila ada orang suruh ni,, kita akan buat sebab orang yang suruh.
ok.jom muhasabah balik. kalau kita nak buat sesuatu dengan ikhlas,tentunya kita akan buatnya kerana Allah. jadi, apa salahnya kalau ada orang lain juga yang menumpang kita punya kebaikan itu dengan menjadi wasilah terhadap kebaikan kita itu. so, no need to feel uneasy about it. we share our kindness. sharing is caring right??
kita tamau duk dalam syurga(amin) sorang2 kan? jadi, mai kita sama bertolong-tolong ke arah kebaikan.

fastabiq khairat~


Khamis, 6 Oktober 2011

saya sayang semua!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ak rindu mereka. Seriously I’m serious!!
di tempat yang jauh ni, ak jadi makin homesick.. almost all the time, ak just pkir,, bila la nak balik rumah..?? 
ak rindu mereka…!!
tapi datang semangat yang membisikkan, ak ni harapan keluarga.. abah ma bnyk wat pengorbanan,,ssh payah utk hantar ak kat sini.. but still, air mata ni menitis. 
I really miss my family..!


Khamis, 25 Ogos 2011

jadilah seperti gelas yang kosong..~

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ومغفرته ورضوانه


تقبل الله منا ومنكم تقبل يا كريم..

ak teringat kenangan ketika menghadiri satu kursus minggu yang lalu..
ketika mula2 diberi taklimat oleh pp kursus..beliau  brpesan kepada para peserta..
'jadilah seperti gelas yang kosong ini'


kenapa gelas mesti kosong?
kerana air yang dituang akan mudah masuk dan bertakung di dalam ruang gelas tersebut.

apa akan terjadi kalau gelas itu sudah sedia penuh?
air yang dituang akan melimpah keluar tanpa sedikitpun menggantikan air yang sudah sedia ada di dalam gelas tersebut.



begitulah satu analogi yang ingin dibawa oleh beliau. juz a simple analogy. dan ia secara langsung berkaitan dengan adab kita untuk menuntut ilmu
gelas yang kosong menunjukan kesediaan seorang pelajar untuk menerima ilmu yang disampaikan oleh gurunya..
gelas yang penuh pula menggambarkan ketidaksediaan minda seorang pelajar yang penuh dengan anasir-anasir luar. ilmu yang diterima tidak akan diterima dan dicerna dengan baik. tentunya tahap fokus pelajar itu bukan 100%.

dan selain itu, analogi ini juga berkaitan dengan ego kita.
gelas yang kosong menunjukkan sifat rendah diri dan tawadhu' yang kita hadirkan semasa proses pembelajaran kita. Bayangkan kita adalah gelas yang kosong. tidak mempunyai apa-apa yang boleh dibanggakan.
apa berlaku jika kita adalah satu gelas yang penuh? tentunya kita akan merasa bangga dengan apa yang kita ada. sifat tinggi diri dan rasa diri kita lebih akan terbit dari hati kita seterusnya akan mempengaruhi perlakuan kita.

kesimpulannya, jadilah kita gelas yang kosong..
atau mungkin gelas kosong yang ada penapis di atasnya..hehe:)

YOU DECIDE!

Selasa, 23 Ogos 2011

saya budak baru belajar

dulu pernah owg tanye..
'awk nak wat blog tak?'
dgn yakin ak mjwb,,
tak
sebab tader masa n kemudahan.
skrang dah ada masa dan kemudahan..
p,nk bagi satu ag alasan..
~tader kepakaran..
mm,, macam2.

saya budak baru belajar..
kalo salah tolong tujukkan.~