Halaman

Ahad, 20 November 2011

don't ever~





it's good for those sinners because they got their reasons to repent.


mm,betul ke statement tu?

betul.
_orang yang dah buat dosa itu akan punya sebab untuk mereka bertaubat.
tapi,
_tak semestinya untuk jadi orang yang soleh, perlu melakukan dosa dahulu baru dapat zouq bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah.

ada satu kisah yang sangat memberi pengajaran kepada kita semua~


Tersebutlah kisah, ada seorang ahli abid daripada golongan Bani Israil yang sangat masyhur kealimannya. Nama beliau ialah Barshisha. Kemasyuhuraannya tersebar ke seluruh negeri. Tiap2 hari pasti ada orang berduyun-duyun datang ke daerah 'uzlah'nya untuk menuntut ilmu dengannya.

Ada di antara murid-murid Barshisha yang boleh terbang di angkasa. Inilah satu keajaiban Bashisha. Orang ramai kagum dengan kealiman dan kesaktian yang dimiliki oleh Bashisha.

Ketika para malaikat sedang asyik bercerita tentang Bashisha, tiba-tiba Allah S.W.T  memberitahu , " Hai para malaikat! Sesungguhnya Aku lebih mengetahui nasib Bashisha di kemudian hari.. Ketahuilah sesungguhnya Bashisha yang kamu kagumi itu pada akhirnya akan mati kafir "

Semasa Allah memberitahu kepada malaikat tentang Bashisha, kebetulan di dengar oleh iblis. Dengan senang hati, iblis turun ke bumi datang ke tempat Bashisha dengan menyamar sebagai orang alim. Di dalam perjalanan iblis tidak henti2 berfikir merancang bentuk tipu daya untuk menjerumuskan Bashisha ke neraka.

"Ah, Bashisha , engkau akan menjadi temanku di neraka nanti ", kata iblis.

Setelah sekian lama dia berjalan, sampailah dia ke pondok Bashisha.

" Assalamualaikum ", iblis memberi salam.

" Waalaikumussalam ", jawab Bashisha, " Siapa kamu ?"

" Tuan, hamba datang dari jauh . Maksud hamba datang datang ke sini adalah untuk menjadi anak murid tuan ", kata iblis.

" Oh boleh . Setiap orang yang datang ke sini ingin mengaji di pondokku , saya terima dengan baik. Saya mahu setiap orang mengabdikan dirinya kepada Allah ," kata Barshisha.

Setelah iblis mendapat keizinan daripada Bashisha legalah hatinya. Iblis mula beribadah dengan tekun sekali. Selama tiga hari tiga malam dia tidak makan dan minum.

Bashisha sangat kagum melihat ketekunan dan istiqamah anak muridnya. Baru kali ini aku melihat seorang beribadah sehebat dia, kata hati Barshisha. Tidak sangak dia boleh beribdah lebih daripadaku.

Aku ingin mengetahui bagaimana caranya dia beribadah begitu gigih sehingga tidak makan dan minum selama tiga hari? hati Bashisha berkata-kata.

Pada suatu petang, Bashisha memanggil anak muridnya barunya itu. Setelah keduanya duduk bersama , Bashisha pun bertanya , " Wahai muridku, tidak ku sangka bahawa ibadahmu itu melebihi aku. Belum pernah aku menyaksikan orang beribadah sehebat kamu. Aku sendiri sudah merasa beribadah selama 220 tahun, belum kuat menjalankan ibadah seperti kamu "

"Tuan guru, ibadah saya ini tidak seberapa kalau di bandingkan dengan tuan guru," kata iblis berpura-pura.

" Betul ," Bashisha mengiyakan, " tetapi belum pernah saya beribadah selama tiga hari tiga malam tanpa makan dan minum. Sesungguhnya apakah yang mendorong kamu dapat beribadah sehebat ini?"

" Tuan, memang betul apa yang di ucapkan oleh tuan guru itu. Oleh itu saya akan menceritakan pengalaman saya sebelum ini ," iblis mulai memujuk.

" Ceritakanlah , " sambut Bashisha.

" Dulu sebelum saya tekun beribadah, saya ini tergolong dalam orang yang selalu membuat maksiat, mencuri, minum arak, berzina dan membunuh orang adalah pekerjaan saya setiap hari. Pada suatu hari datang musibah yang menimpa diri saya. Saya jatuh sakit, sangat teruk dan sukar sampai saya sedar dosa-dosa saya lantas saya bertaubat nasuha dan Allah menyembuhkan penyakit saya. Sejak itulah saya tekun beribadah sehingga dapat merasakan bagaimana manisnya dan nikmatnya orang yang beribadah.  "

" Jadi, sebenarnya apa yang telah saya capai dalam beribadah sekarang adalah kerana perbuatan saya yang dahulu ketika masih mengerjakan maksiat. Itulah sebabnya saya sekarang dapat merasakan nikmat dan manisnya beribadah. "

" Berbeza dengan orang yang belum pernah melakukan maksiat lalu tiba2 sahaja beribadah . Tentu dia tidak boleh merasakan kenikmatan beribadah," demikian kata iblis cuba mencucuk jarum tipu dayanya ke dalam hati Bashisha.

Bashisha sangat tertarik sekali mendengar cerita iblis ini lalu berkata, " Sungguh hebat muridku . Ceritamu itu sangat menarik hatiku. Memang betul bahawa seseorang itu dapat lebih tekun beribadah jika dia telah merasakan bagaimana rasanya orang yang selalu derhaka kepada Allah. Tidak seperti saya ini yang tidak pernah melakukan maksiat seperti apa yang kamu lakukan," Bashisha mula terpedaya.

Iblis merasa gembira mendengar kata Bashisha. Ah, usahaku mulai berhasil, fikirnya., " Saya rasa hanya itu kuncinya, tuan guru. Orang itu dapat merasakan betapa manisnya beribadah jika telah merasakan pahitnya orang mengerjakan maksiat," kata iblis.

" Sekarang apakah yang patut aku lakukan ? " tanya Bashisha.

" Bagaimana kalau tuan berbuat zina " usul iblis.

" Ah, itu terlalu berat untuk aku lakukan " jawab Bashisha.

" Kalau membunuh bagaimana tuan ?" iblis memujuk lagi.

" Itupun terlalu berat untuk aku lakukan " jawab Bashisha.

" Wah, kalau begitu bagaimana jika tuan guru meminum arak sahaja ? " iblis terus berusaha memujuk.

Saranan iblis yang terakhir diterima oleh Bashisha dan dia pun berkata, " Muridku, dimanakah ada kedai arak yang jauh dari orang ramai? "

" Hal itu mudah sahaja tuan guru, Di sana ada sebuah kedai arak yang agak terpencil ," iblis menunjuk.

Bashisha terus pergi ke kedai yang di tunjukkan oleh muridnya itu. Di kedai ini terdapat botol2 arak dengan seorang pelayan perempuan yang sangat cantik.

Bashisha meminta sebotol araak lalu meminumnya. Belum puas sebotol dia menambah lagi sebotol sehingga dia mabuk. Matanya menjadi merah, pandangannya liar. Nafsu berahinya mula bergelora. Apatah lagi disebelahnya seorang pelayan perempuan yang sangat cantik.Nafsunya sudah tidak dapat di tahan lalu perempuan itu di perkosanya walaupun telah mempunyai suami. Suaminya cuba menghalang tetapi di bunuh oleh Bashisha.

Kejadia itu disaksikan oleh iblis yang menyamar menjadi murid Bashisha tadi. Dia cepat-cepat pergi mengadap kepada raja dan melaporkan perbuatan Bashisha itu.

Akhirnya perbuatan Bashisha di ketahui oleh raja dan dia pun ditangkap. Sebagai balasannya, Bashisha di hukum salib dan dirotan di khalayak ramai.

Hukuman yang berat ini menyebabkan Bashisha hampir mati. Di saat itulah, tiba-tiba datang iblis di hadapan Bashisha tanpa menyamar sebagai anak muridnya lagi.

" Bashisha.... ," sapa iblis.

Bashisha yang hampir mati merint  ih meminta tolong kepada iblis.

" Sudah tentu sya kan membantu tuan, " kata iblis menyakinkan Bashisha. " Tetapi saya mempunyai syarat denganmu, jika kamu ingin selamat. "

" Apa syaratnya? " tanya Bashisha.

" Sembahlah aku," kata iblis. " Selepas itu, saya akan menolong tuan dan tuan akan selamat sehingga dapat bertaubat kepada Tuhan dengan nikmat beribadah, " iblis memujuk.

" Betulkah kata-katamu itu? " tanya Bashisha.

" Tetapi bagaimanakah caranya? Pada hal saya sedang di salib begini? "

" Mudah sahaja, tundukkan mukamu sebentar sahaja kepadaku, " kata iblis.

Malang bagi Bashisha, pujukan dan tipu daya iblis itu diterima. Semasa dia menundukkan kepalanya, malaikat  Izrail datang mencabut dan merentap nyawanya. Matilah Bashisha di dalam keadaan kafir. Iblis pun ketawa berdekah-dekah.







astaghfirullah. moga dapat memberi pengajaran.



sumber : http://abdurrahman.org/seerah/storiesinthequran.pdf
                 story of barsisa~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan