Halaman

Isnin, 27 Ogos 2012

affection~

 الله أكبر الله أكبر الله أكبر و لله الحمد
salam lebaran salam aidilfitri.
تقبل الله منا ومنكم

teringat buku Imam Syafie karangan Abdul Latip Talib. 
antara part yang paling memberi impak (toink2) atas batang hdg ini 
adalah ketekunan dan kesungguhan beliau untuk menuntut ilmu.
pelbagai jenis dan bidang ilmu yang didalami.
salah satunya adalah ilmu berkaitan syair. 
Imam Syafie sangat berbakat dan popular dalam kalangan penyair2 handalan.
Tapi,bukan itu sebenarnya isi yang mahu dikatakan di sini. 
The thing is, setelah berapa lama Imam Syafie mendalami ilmu tersebut,
Imam Syafie berhajat utk pulang ke rumah ibunya. 
Sesampainya di muka pintu(bkn muka buku eh:), 
Imam Syafie mengetuk pintu tersebut.
ibunya ketika itu lambat sedikit untuk membuka. 
Imam Syafie terus mengetuk pintu itu dengan kuat 
dan berulang-ulang kali sehinggalah pintu itu dibuka. 
Ibu Imam Syafie sangat sedih dan terkilan dengan sikap tersebut.
Selepas beberapa ketika, 
Imam Syafie berjumpa dengan guru lain pula
untuk mendalami ilmu tentang al-Quran. 
Seperti biasa, Imam Syafie belajar dengan tekun dan gigih. 
Apabila rasa rindu bertandang,
Imam Syafie meminta kebenaran gurunya untuk pulang ke rumah.
Sesampainya di muka pintu(lagi skali:) 
Imam Syafie memberi salam dan mengetuk pintu dengan lemah lembut. 
Mungkin ibunya sedang melakukan kerja lain 
dan tidak menyedari akan kepulangan Imam Syafie. 
Instead of mengetuk dgn kuat berulang-ulang kali seperti sebelumnya, 
Imam Syafie hanya duduk menunggu di luar hingga tertidur. 
Apabila pintu dibuka, ibu imam  Syafie amat terharu melihatkan kehadiran anaknya 
yang menunggunya hingga tertidur itu.
Lantas ibu imam Syafie mengejutkannnya dan menzahirkan rasa gembira 
serta menyuruh Imam Syafie meneruskan lagi pengajiannya dalam bidang tersebut.

.................

thats how Quran affect our life. our behaviour. our manners.
jompakatmuhasabah(diri sendiri terutamanya).


2 ulasan:

  1. nk like 1000x post ni..
    subhanAllah.
    tu lah yg jadi bila kita dekat dgn Al-Quran.
    :)

    BalasPadam