Halaman

Ahad, 1 Januari 2012

puisi hamba II~

"Cinta tak semestinya memiliki.

Malah kadangkala ia menuntut untuk melepaskan pergi.

Andai suatu hari ia datang kembali,
maka itulah cinta sejati."

Itu puisi seorang hamba.
Hamba yang menjadi hamba kepada cinta dunianya.
Memang!
Sangat indah dan dramatis ayatnya.
Tapi,
apakah cinta yang dimakudkan itu?
Apakah boleh dikatakan cinta apabila dua orang yang bercinta pun sudah tidak mengerti apa fitrah cinta yang sebenarnya?
Tidak mengenal Pencipta segala Cinta yang Maha Mencintai..

Aku pun tak boleh nak jawab persoalan itu.
Sebab memang susah bila nak deal dengan hati ni. 
Kan?
Sebab dalam hati ni takde sapa yang tahu.
Takde siapa yang dapat diagnose apa penyakit yang ada dalam hati.
Jadi rasa selamat.
Selamat kerana menganggap tiada siapa tahu,
bahawa ada yang tak halal dalam hati kita.
Hanya kita dan  si dia jeh.

Berbalik kepada matan puisi tersebut,
“Cinta tak semestinya memiliki.”
Kalau kita spesifikkan cinta tu bleh?
i.e: cinta Allah ni,tak semestinya memiliki



Betul ke macam tu duhai hati?

bukankah menjadi satu cita-cita kita untuk memiliki cinta itu?
Cinta hamba kepada Penciptanya.

Untuk menjadi hamba yang dicintai oleh Rabbnya.



“Malah kadangkala ia menuntut untuk melepaskan pergi.”
Is it true duhai hati?
Adakah kita rela untuk melepaskan cinta itu pergi.
Sudikah kita untuk berada jauh dengan cinta Allah walau sesaat?
Bukankah kita selalu berdoa :

ربّنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهبلنا من لدنك رحمة إنك انت الوهّاب 
“Wahai tuhan kami, janganlah kamu memalingkan hati kami setelah kau beri hidayah kepada kami. Dan kurniakanlah kami rahmat dari sisimu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Kurnia.”


 And the last part,

“Andai suatu hari ia datang kembali,

maka itulah cinta sejati.”


Memang!
Memang kalau kita,
hamba yang lemah ini,
Dare to let go that PURE love,
Cinta Rabb itu tetap juga akan memenuhi hidup kita.
Buktinya, kita masih lagi diberi peluang untuk hidup hari ini.
Begitu banyak nikmat yang kita terima setiap hari.
Setiap detik.

 وإن تعدّوا نعمة الله لا تحصوها إن اللّه لغفور الرّحيم 
(النحل : 18) 
“jika kamu menghitung nikmat Allah,nescaya kamu takkan mampu menghitungnya. Sungguh, Allah benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang.”





Betulkan?

Jumaat, 30 Disember 2011

sahabat~

pesona dunia~ by: inteam

Indah dunia yang mempesona
Bagai dian terang menyala
Sehingga terlupa kan padam akhirnya

Dunia ini hanya pinjaman
Untuk menguji keimanan
Akhirat nanti yang menentukan
Balasan syurga ataupun neraka

Mengapakah dunia yang dikejari
Sedangkan ia kan ditinggal pergi
Apalah gunanya harta di sisi
Tika jasad terkubur terkaku mati

Bayangkanlah jika di dunia ini
Bekalan terhenti mudah dicari
Bagaimana pula di sana nanti
Tanpa bekal pahala kita yang rugi

Bersyukurlah sentiasa
Dengan apa yang ada

Adakala harta dunia
Belum tentu membantu kita
Menjadi bebanan dan menyusahkan.

Selasa, 6 Disember 2011

puisi hamba~

رضى الله في رضى الوالدين

Ingatlah dunia ini tidak penting apa yang kamu mahu,
hanya perlu menjadi hamba.
Hamba yang rendah hatinya,
yang berserah hanya pada Pencipta.
*****
Hanya hati yang kotor ini yang mampu diinfakkan.
Ia bukan milik siapa-siapa.
Tapi milik Pencipta Yang Esa.
Yang pernah dulu dikotori oleh peminjamnya,
yang kini ingin menebus dosanya,
yang sedang membina kekuatan jati dirinya,
dan bila-bila masa boleh mengulangi dosanya,
tapi tidak dengan izin Penciptanya.


Selasa, 22 November 2011

silence~ am i a silencer?

copy&paste,
_
Entahkan mengapa, biar ringkas bicara nya, seribu kesan di hati.. 

"Assalamualaikum," sana.
"Wa'alaikumussalam. Ada apa?" sini.
"Terasa macam nak cakap dengan seseorang," sana.
"Fasal apa?" sini.
"Sibuk ke? sana.
"Agak," sini.
"Ok," sana.
"Allah ada," sini.
"Tahu," sana.
"Allahlah tempat mengadu," sini.
"Ya baik," sana.
"Bangun. Malam ni. Jom sama," sini.
Senyap. Ada tangis di situ.
"Kan bagus kalau ade di sini," sana.
"Tak bagus pun," sini.
"Kenapa?" sana.
"Orang kata ukhuwah tu lebih manis bila jauh," sini.
"Bila dekat asyik nak gaduh," sana. Tergelak dalam sebak.
"Rindu sebenarnya," sini.
"Kenapa tak cakap?" sana.
"Saje. Nak didik sabar. Ada ujian yang jauh lebih besar tak lama lagi," sini.
Sana senyap.
Sini senyap.
Dan titis itu tumpah juga. Berjuraian.




Ahad, 20 November 2011

Jumaat, 18 November 2011

sebaik-baik peringatan~



tiada peringatan yang lebih baik daripada.........


ingat MATI...

أستغفر الله العظيم
أستغفر الله العظيم
أستغفر الله العظيم