Halaman

Rabu, 5 Disember 2012

berlapang dada~

الحمد لله ثم الحمد لله
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk hidup,menikmati nikmat iman dan islam.
alhamdulillah kerana kita masih ada sebab untuk tersenyum(hari ni kelas cancel:) 
sedang ada yang lain punya beribu alasan utk bersedih.

ok straight to the point. 
our topic is. ukhuwah.
menurut imam assyahid imam albanna,
peringkat ukhuwah ada 3.
berlapang dada..samarata..melebihkan sahabat(ithar)

1.berlapang dada


Berkata abdullah bin amr bin ash, "saya mendengar Rasulullah SAW bersabda dalam tiga hari majlis berturut-turut.: "Akan tiba padamu seorang ahli syurga". Tiba-tiba engkau yang datang, kerana itu, saya ingin mengetahui apa amalmu dan saya berusaha bermalam di tempatmu untuk meniru amalmu tetapi ternyata kepadaku bahawa engkau tidak berlebihan". "Apakah yang engkau lakukan sehingga menyebabkan Nabi SAW bersabda sedemikian"? Jawabnya: "Tidak ada melainkan apa yang sudah engkau lihat". Maka aku meninggalkannya, tetapi dipanggil dan berkata, "Amalku tidak lebih melainkan apa yang sudah engkau saksikan itu, namun saya tidak iri hati atau dengki pada seseorang Muslim terhadap segala yang ia mendapatnya". Saya berkata, " Inilah yang dilakukan engkau sehingga Nabi SAW bersabda sedemikian dan itulah yang tidak dapat kami laksanakan".(dikeluarkan riwayat oleh Ahmad [3/166] dengan sanad sahih) ni link dia

Sofyan bin Dinar mengatakan kepada Abu Basyir-salah seorang sahabat Ali bin Abi Talib r.a: 
"Beritakan kepadaku tentang amal-amal perbuatan umat sebelum kita?”
Dia menjawab: " mereka sedikit berbuat, tetapi banyak mendapatkan pahala."
Sofyan bertanya: " apa sebabnya?"
Dia berkata: "dengan sebab kelapangan dada mereka."
(dikeluarkan riwayat oleh Hannad bab: az-Zuhd [2/600])




berlapang dada  ni bermaksud kita terima apa adanya. kita terima sahabat kita seadanya. 
kekurangannya kita tutup. kelebihannya dan kehebatannya kita tabik toink2.
tiada perasaan iri hati,hasad dengki yang terdetik di hati. 
semua yang berlaku kita look at the bright sight. 

mungkin akan ada ketidak puasan hati dan perselisihan faham. 
tu tak dinafikan la kan.
so apa nak buat,bila bahasa dah tak berbunga,senyum pon dah tak terjelma ni? 
->just release the supercoils. 
dalam DNA replication, bila dua strand is seperated from each other, supercoils occur kan.
then, apa yang ia buat? remove the supercoil.
si topoisomerase cut(trancient cut) dulu strand tu. then retach balik. 
ia tak biarkan supercoil tu bertambah dan makin bertambah 
sampai membantutkan proses replication tu.(kalo salah betulkan eh)

bila berlaku masam muka,kita cari apa puncanya. then solve it. 
kalo kita salah, kita minta maaf. 
tapi kalo dia yang salah,kita marah la kita maafkan la kan. 
memang susah.

sebab kita ni ego.
tapi kalo kita pikir, layakkah kita untuk ego?
kita yang tak punya apa ni nak ego?
sedang Rasulullah SAW yang punya alasan 
untuk marah dan patah hati ketika dakwah Baginda ke thaif di tolak,

dan malaikat Jibril dah pun menawarkan utk menimpakan balasan terhadap kaum itu,tetap. 
tetap Rasulullah SAW memaafkan mereka. 
subhanallah. terpujinya peribadi Baginda.


dan jika sahabat kita punya kekurangan atau kesalahan, perbetulkanlah. 
yang menegur perlu berlapang dada, yang ditegur perlu berlapang dada.

saya optimis. kita semua dalam fasa utk mengislah diri.

kalo ada teguran yang membina kita terima dengan hati yang terbuka kan?
tapi cara tegur pon kena betul la kan.




ada orang tanya kenapa anak ayam?
ntah, nak tunjuk hatred antara anak ayam tu kut.


teman-teman karib pada waktu itu(hari akhirat) saling bermusuhan satu sama lain kecuali mereka yang bertaqwa. (azzukhruf : 67)

bff mana pon kita dengan seseorang tu, kalo takde taqwa, masing-masing buat hal masing2. 
moga nanti kita masih lagi bersahabat..amin.

p/s : panjang ngat eh nak tulis semua.nanti cramp otak lak nak baca panjang2. in sya Allah,  ada rezeki sambung yang dua lagi tu. (samarata dan ithar)



Sabtu, 17 November 2012

verily.

.. awak rasa awal sangat tak?
_ awal?takla. kan ada yang 16 dan 14 tahun yang dah kan?
.. hmm..len orang len dugaan kan.
_ yup.
.. dan dugaan itu yang sebenarnya yang mematangkan kita.
_ aah.

(rasa2nya td tu tengah cakap pasal apa?. haha. saja nak buat havoc sket.)

**************

memang.
memang lain orang lain dugaan dye.
dan kita tidak diduga luar dari kemampuan.
dan kenapa kita tak berjaya keluar lagi dari masalah itu?
sebab kita tak lulus lagi ujian itu.

umur tak mengukur kematangan.
masalah yang mematangkan.
so,to those who we born with silver spoon.
'handled with tender and care' by their olds,
lambat la sket nak matang. ye idok?

above all, semua orang dalam proses belajar.
proses mencari hati dan diri.
proses mencari erti hidup. 


Isnin, 1 Oktober 2012

visit rarely~


زر غبا تزدد حبا

"visit rarely and you will be more loved."

cc: dulu kat naim selalu baca ni kat laluan nak gi masjid. :)
and i really miss naim. the students, the teachers, and the pak guards.huhu

Ahad, 30 September 2012

jalan keluar~





“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap 
sesuatu.”
(petikan surah at-talaq dari sebahagian ayat ke 2 dan ayat ke 3)

psst : faham maksud baru bleh nak beramal. bukan nak gantung kat kedai untuk lariskan jualan jeh ni.
 

Isnin, 27 Ogos 2012

affection~

 الله أكبر الله أكبر الله أكبر و لله الحمد
salam lebaran salam aidilfitri.
تقبل الله منا ومنكم

teringat buku Imam Syafie karangan Abdul Latip Talib. 
antara part yang paling memberi impak (toink2) atas batang hdg ini 
adalah ketekunan dan kesungguhan beliau untuk menuntut ilmu.
pelbagai jenis dan bidang ilmu yang didalami.
salah satunya adalah ilmu berkaitan syair. 
Imam Syafie sangat berbakat dan popular dalam kalangan penyair2 handalan.
Tapi,bukan itu sebenarnya isi yang mahu dikatakan di sini. 
The thing is, setelah berapa lama Imam Syafie mendalami ilmu tersebut,
Imam Syafie berhajat utk pulang ke rumah ibunya. 
Sesampainya di muka pintu(bkn muka buku eh:), 
Imam Syafie mengetuk pintu tersebut.
ibunya ketika itu lambat sedikit untuk membuka. 
Imam Syafie terus mengetuk pintu itu dengan kuat 
dan berulang-ulang kali sehinggalah pintu itu dibuka. 
Ibu Imam Syafie sangat sedih dan terkilan dengan sikap tersebut.
Selepas beberapa ketika, 
Imam Syafie berjumpa dengan guru lain pula
untuk mendalami ilmu tentang al-Quran. 
Seperti biasa, Imam Syafie belajar dengan tekun dan gigih. 
Apabila rasa rindu bertandang,
Imam Syafie meminta kebenaran gurunya untuk pulang ke rumah.
Sesampainya di muka pintu(lagi skali:) 
Imam Syafie memberi salam dan mengetuk pintu dengan lemah lembut. 
Mungkin ibunya sedang melakukan kerja lain 
dan tidak menyedari akan kepulangan Imam Syafie. 
Instead of mengetuk dgn kuat berulang-ulang kali seperti sebelumnya, 
Imam Syafie hanya duduk menunggu di luar hingga tertidur. 
Apabila pintu dibuka, ibu imam  Syafie amat terharu melihatkan kehadiran anaknya 
yang menunggunya hingga tertidur itu.
Lantas ibu imam Syafie mengejutkannnya dan menzahirkan rasa gembira 
serta menyuruh Imam Syafie meneruskan lagi pengajiannya dalam bidang tersebut.

.................

thats how Quran affect our life. our behaviour. our manners.
jompakatmuhasabah(diri sendiri terutamanya).


Isnin, 20 Ogos 2012

Jumaat, 6 Julai 2012

tak igt dunia~

 ..mcm kena stabbed (baca:sentap) dgn pisau ramboo jeh.
__apa hal ni? ayat brutal tak igt dunia jeh. masing-masing menahan ketawa. ayat tu macam precursor of something jeh. ''tak igt dunia sampai igt akhirat jeh ke'' dan ketawa itu pecah juga.


…………………

''tak igt dunia sampai igt akhirat jeh ke?''

...its so nice kan kalo betul igt akhirat jeh. sigh~
__alolo. dah tarik muka dah. spill la. apa citer ni kakak ooii.
...ntah la. kalo la fb tu ada status utk otak ni,ak nak letak its complicated.

jeda seketika. sahabat yang mendengar itu hanya diam menanti luahan itu disambung. ok2 dia sambung.

...betul ni. aku sampai tak igt dunia. tapi igt akhirat pom tak. macam duk kat alam lem.
__ohooi. naik seram aku. masuk alam bunian ke apa?
...ceyt!
__hehe.sory la kakak.ok sambung2.
...yela. dah sem nak pakai hukum sndiri jeh. astaghfirullah.

sahabat itu rasa macam dah faham current situation sahabatnya.

__ni kes karat lama tak hilang2 ke ni?
...sigh~
__eh, tadi kata nak tasmik kan? *tukar topik*
    kita ulang juzuk 4 la. maqra'3 boleh?
...a'a la. mm, stat dgn 'وسارعوا' kan?
__yup! moh la kita start.

dan msg2 baca alfatihah dan sesi iadah dimulakan.habis jeh ayat ke 135..

__ok.cukup sampai di sini saja. ...eh,baru 3 ayat bhai. __apa bhai2? (tapi kakak dalam urdu ap ek?)     hurm,hamba rasa dah cukup dah. ...*buat muka ta paham* lantas meneliti ayat 135 tu. oh patut la.! __*kenyit mata*